Cara Pudarkan Jeragat Degil Dengan Kentang & Lemon, Seminggu Dah Nampak Hasil!

Jeragat Tiba-tiba Muncul Pada Usia 30an? Amal Masker Dua Bahan Alami Ni
Setuju tak yang “jeragat sememangnya tak dapat dipisahkan dengan wanita”?
Yelah, antara perkara yang paling menakutkan bagi golongan wanita ialah jeragat di kulit muka. Lagi-lagi bagi mereka yang dan masuk usia 30-an. Pasti akan hadapi pelbagai masalah kulit jika kulit tidak dijaga dengan betul.
Admin memang faham sangat mereka yang mengalami masalah jeragat ini.
Kita akan rasa malu nak keluar rumah, nak keluar pergi kerja pun terpaksa tepek makeup tebal-tebal semata-mata nak tutup jeragat. Malah, keyakinan diri kita pun semakin kurang. Betul kan?
Secara ringkasnya, jeragat ialah tompok-tompok hitam diwajah. Ini terhasil daripada pengumpulan sel-sel kulit yang mati dan pembentukan minyak di liang-liang muka. Selalunya ianya hadir dibahagian hidung, dahi, pipi dan dagu.
Jadi pada waktu inilah kita kena ‘pura-pura rajin’, walau hakikatnya nak sapu masker pun rasa malas.
Untuk selesaikan masalah jeragat, anda bolehlah cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah Mahmud ni. Hanya menggunakan dua bahan alami, dah boleh rawat jeragat degil tu.
Jom lihat caranya.
Hilangkan Jeragat Dengan Masker Kentang & Lemon
Bahan-bahan :
Kentang
Lemon
Cara-caranya :
Bersihkan kentang. Kupas kulit dan potong, kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar (blender).
Tapis airnya dan campurkan dengan air perahan lemon.
Dah siap.
Cara penggunaannya :
Oleskan masker pada kulit wajah dan biarkan kering dan meresap pada kulit.
Kemudian bilas dengan air suam,
Pesanan : Kentang seeloknya diblend tanpa air atau dengan sedikit air.
Best tau pakai masker ni. Muka jadi sejuk macam salji turun kat muka.
Tapi kena konsisten seminggu untuk dapat hasil yang diingini.
Mudah je kan? Selamat tanpa bahan kimia.
Selamat mencuba!
Kredit : Puan Fadzilah Mahmud via Rapi