Resepi Kek Buah Kukus, Sedap, Lembut Dan Moist!

Kek buah kukus antara kek yang mungkin sedikit sukar dibuat, tetapi rasanya sangat sedap. Kalau dijual memang agak mahal.

Bagi yang hendak belajar buat sendiri berikut dikongsi resepinya daripada Puan Maz Abdul;

RESEPI KEK BUAH KUKUS

Ni hakak sedekahkan balik resepi yang dah hakak sedekahkan dulu..pasni komer salin dalam buku resepi komer..simpan elok-elok..

Bahan A

  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas
  • 250g (1 buku) butter
  • 3 cawan mix fruit

[1] Panaskan gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil).

[2] Masukkan air panas perlahan-lahan dan masak semula hingga gula larut.

[3] Masukkan butter dan kacau hingga butter cair.

[4] Masuk pula mix fruit, masak hingga mendidih, tutup api.

Bahan B

  • 300 g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)

[1] Ayak bahan-bahan 3 kali.

[2] Masukkan ke dalam adunan A sikit-sikit sambil dikacau hingga rata.

Bahan C

  • 3 biji telur gred A (kalau telur kecil guna 4 biji)
  • 1 sudu teh esen vanilla

[1] Pukul telur hingga kembang berbuih, masuk dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.

[2] Boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.

[3] Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik, sapu minyak sahaja)

[4] Tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dengan kain.

[5] Pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.

[6] Kukus kek selama 2 jam. Sejam yg pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.

[7] Bila kek dah masak tutup api, buka penutup dan biarkan kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dalam kek tak turun ke bawah).

[8] Tunggu sejuk baru p0tong.

SELAMAT MENCUBA.

Sumber : Maz Abdul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *