Resepi Popia Inti Kacang Tumbuk, Dapat Banyak, Modal Murah Dan Mudah

Mudah dan sangat ringkas, popia kacang tumbuk bukan sahaja sedap dimakan, bahkan kos atau modalnya pun murah.

Boleh dibuat kudapan tambahan untuk musim perayaan, sesuai juga dijadikan menu jualan.

Resepi Popia Kacang Tumbuk

Bahan-Bahan

  • Kulit popia
  • Kacang tanah
  • Gula

Cara-Caranya;

[1] Kacang tanah digoreng dan buang kulit kemudian kisar halus. Dah kisar campurkan dengan gula halus yang juga dikisar.

[2] Gunting kulit popia ikut saiz pembaris dan gulung guna maker pen atau guna straw besar (straw ABC).

[3] Cara nak lekatkan, guna tepung gandum dengan bancuh dengan sikit air.

[4] Kulit popia digunting-gunting dan dijemur bagi keras.

[5] Bila dah keras anda boleh goreng dan biarkan sejuk.

[6] Selepas itu bolehlah sumbatkan dan gaul dengan kacang tumbuk tadi.

SELAMAT MENCUBA

Sumber : Nora Habsah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *