Umur 50 Tak Ada Uban! Rahsianya Hanya Dengan Kisaran Daun Kari Dicampurkan Dengan Bahan Ini. Rambut Sihat, Hitam Berkilat!

Power! Umur 50 Tahun Tapi Rambut Hitam Berkilat, Tak Ada Uban. Ini Rahsianya…

Kebiasaannya apabila usia seseorang itu sudah menginjak 50-an, pastinya uban sudah mula kelihatan pada rambut.

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang baru sahaja memasuki usia 30-an tetapi sudah mempunyai uban? Pastinya akan membuatkan individu tersebut hilang keyakinan diri. Apa tidaknya, usia masih muda tetapi rambut sudah beruban. Risau Nampak tua dari usia sebenar.

Namun, jangan risau. Pengasas jamu Suzy Honey Herbs, Suzima Hazish telah berkongsi rahsia bagaimana dia memastikan rambutnya tidak beruban meskipun usianya sudah mencecah 55 tahun.

Menurut tuan badan, dia telah menggunakan petua ini secara turun temurun dari keluarganya iaitu dengan menggunakan daun kari yang dikisar bersama yogurt.

Baca perkongsiannya:

Wow! Berkilat rambut Cik Pah! Panjang lebat takde uban. Macamana Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?” saya bertanya terkejut melihat rambut wanita yang sudah berusia nak masuk 55 tahun yang saya panggil Cik Pah. Kami sudah saling mengenali sudah lama.

Baru-baru ni saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wudhu. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takda uban berkilat hitam yang pasti bukan ‘kaler’ rambut. Asli hitam. Cemburu rasa…

Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang diamalkan oleh keluarganya. Apa lagi, balik rumah saya terus cuba resepi ni.” 

Resepi di bawah ;

Rahsia Guna Daun Kari Elak Uban

Bahan-bahan :

3 tangkai daun kari. Ambil bahagian daun sahaja.

3 sudu besar plain yogurt

Cara-caranya :

Blendkan keduanya sampai sebati.

Cara penggunaannya :

Sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan lembut.

Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan syampoo sehingga bersih.

Amalkan seminggu 1 kali.

Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal berwarna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.

Semoga bermanfaat!

Selamat mencuba semua…

Kredit : Suzima Hazish via Rapi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *